Kunjungi Hotel Katerina Batu Pahat sekarang dan
nikmati promosi hebat daripada kami.
Kami menanti kunjungan anda!!!
Pada 14 Januari 2011 yang lepas, The Katerina Hotel Batu Pahat telah melancarkan kempen "Service Culture" yang bertemakan "United Is Success". Program ini telah dijalankan di Sapphire Ballroom Hotel Katerina dan dihadiri kira-kira 70 orang pekerja dari pelbagai jabatan.
Kempen ini telah dirasmikan oleh pengarah urusan The Katerina Hotel, Ms Au Gek Keng bersama dua orang pengarah iaitu Ms Au Gek Ling dan Ms Au Gek Tee@ Linda dan diakhiri dengan acara memotong reben. Kempen ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat para pekerja hotel supaya memberikan perkhidmatan yang bermutu terhadap pelanggan.
Aktiviti pada hari tersebut dipenuhi dengan ucapan perasmian dan motivasi daripada Pengarah Urusan sendiri, Ms Au Gek Keng dan diakhiri dengan nyanyian lagu tema kempen "Service Culture" iaitu "I Have A Dream" beserta tarian poco-poco dan jamuan petang.